Tanda-tanda pada waktu berjaga:
1. Selalu pening. Doktor tidak dapat mengesan penyakit walaupun setelah berkali-kali mendapat rawatan.
2. Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
3. Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila.
4. Sering lesu, tidak bermaya dan malas.
5. Sering sakit sebahagian kepala dan kadang-kadang keseluruhan kepala.
6. Rasa sakit di salah satu anggota badan.
7. Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
8. Lenguh di sendi-sendi.
9. Melihat sesuatu yang pelik semasa berjaga.
10. Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
11. Mudah panik dan takut apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
12. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
13. Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
14. Mudah marah dan panas baran.
15. Emosional dan terlalu sensitif.
16. Suami atau isteri selalu marah ataupun bergaduh.
17. Bau nafas yang terlalu busuk
18. Bau hanyir/ busuk/ hangit/ wangian yang tidak diketahui puncanya
19. Bayi kerap menagis
20. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
21, Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
22. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
23. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
24. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
25. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
26. Darah haid turun lebih dari 15 hari
27. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
28. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
29. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
30. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
31. Kemurungan yang berpanjangan
32. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
33. Kerap keguguran
34. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
35. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
36. Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
37. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
38. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
39. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
40. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
41. Tanda lebam pada anggota badan
42. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
Tanda pada waktu tidur:
1. Susah tidur malam, iaitu tidak boleh tidur kecuali setelah lama bersusah payah.
2. Cemas, sering terjaga pada waktu malam.
3. Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya dan ingin berteriak minta pertolongan tetapi tidak mampu.
4. Mimpi melihat berbagai binatang seperti : kucing, anjing, tikus, unta, kuda, monyet, serigala, harimau, ular dan lain-lain.
5. Bunyi gigi geraham pada waktu tidur.
6. Tertawa, menangis, teriak, pada saat tidur.
7. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang sangat tinggi.
8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa sedari.
9. Mimpi berada di tempat pembuangan sampah, didalam tanah kuburan, atau di tempat-tempat yang mengerikan.
10. Mimpi melihat orang aneh seperti sangat tinggi, sangat pendek, sangat putih,dan hitam.
11. Mimpi perkara sangat menyeramkan seperti melihat hantu dan lain-lain.
12. Mimpi seakan tertindih benda yang sangat berat dan sukar untuk melepaskan
13. Mendengkur dengan sangat kuat.
14. Mimpi melihat, bertemu dengan keluarga yang sudah mati atau melihat mayat.
15. Mimpi terjadi peristiwa dan keesokan harinya terjadi peristiwa yang sama dalam mimpi.